Tuesday, April 16, 2013

PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN DAN KEMAHIRAN PROSES SAINS



PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan khasnya komponen perkembangan kognitif menyarankan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri penemuan. Inkuiri penemuan secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal, menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekelilingnya. Penemuan merupakan cirri utama dalam inkuiri. Pendekatan inkuiri penemuan membolehkan murid membina pengetahuan melalui penyiasatan dan penyelesaian masalah. Pada peringkat prasekolah, inkuiri penemuan adalah lebih kepada inkuiri penemuan terbimbing. Melaluipendekatan inkuiri penemuan, murid akan mencapai pembelajaran yang lebih bermakna kepadsa mereka.





Rajah 1: Murid Prasekolah Lestari sedang menyiasat jenis-jenis daun.











Rajah 2: Murid Prasekolah Lestari sedang menyiasat serangga



 KEMAHIRAN PROSES SAINS
Kemahiran proses sains merupakan kemahiran asas dalam pendekatan inkuiri penemuan dan juga kaedah saintifik. Ia membolehkan murid menyoal dan mencari jawapan secara sistematik. Dalam kurikulum prasekolah, kemahiran proses sains yang dikenal pasti adalah memerhati, mengelas, mengukur, meramal, berkomunikasi dan membuat inferens

No comments:

Post a Comment