PERKEMBANGAN
KOGNITIF AWAL SAINS PRASEKOLAH
AWAL SAINS
Apa
itu awal sains prasekolah?
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Murid prasekolah
merupakan saintis muda semula jadi yang sentiasa mencari maklumat, menyiasat dan
meneroka di persekitaran untuk memenuhi perasaan ingin tahu mereka. Dalam
proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif, sifat ingin tahu,
sistematiik dan teliti akan terbentuk. Penerokaaan dijalankan ke atas alam hidupan
(contoh: tumbuhan dan haiwan), alam bahan(objek tenggelam timbul , air dan
magnet), dan alam fizikal. Komponen awal sains di peringkat prasekolah
melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif dalam diri
mereka.
PENGENALAN
Murid
perlu melibatkan diri dalam proses pembelajaran sains secara inkuiri untuk
memperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran seperti memerhati, membanding,
meramal, berkomunikasi, mengelas dan mengukur. Kemahiran-kemahiran ini
diperlukan untuk mendapatkan maklumat seperti:
- bagi memenuhi rasa ingin tahu,
- menanamkan semnagat cintakan alam,
- meningkatkan daya kreatif dan imaginasi
- meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah
- meningkatkan kualiti hdup
- mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik
- membina pemahaman konsep asas sains
- meningkatkan pemikiran logic dan kritis serta
- memupuk minat terhadap sains dan teknologi
PERANAN GURU
DALAM AKTIVITI AWAL SAINS
Guru harus merancang dengan teliti pengajaran dan pembelajaran sains
yang akan dijalankan mengikut keperluan, minat dan persekitaran murid untuk
menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Aktiviti yang dijalankan mestilah
melibatkan semua murid secara aktif, mencabar, menyeronokkan dan memberi makna
kepada mereka. Melalui cara tersebut, sikap positif murid terhadap pembelajaran
sains akan ditanam dengan lebih kukuh. Pembelajaran sains di peringkat ini diajar
berdasarkan tema tertentu supaya dapat menarik minat murid berkaitan dengan
keadaan semasa seperti musim buah-buahan, perayaan dan sebagainya.
Assalamualaikum..Mohon war-warkan bahawa Seminar Sains Prasekolah akan bermula.
ReplyDeleteEarly Childhood Science Seminar 2015.
Venue : Faculty Of Education, Universiti Malaya
Date : 27th June 2015
Suitable For Teachers To Enhance Science Teaching.
Certificate Provided In Collabration with Universiti Pendidikan Sultan Idris and NCDRC.
We Train Hands-on Science Seminar using 5E Instructional Model.
Science Process Skills and Inquiry Based Learning.
Conduct by Professional Trainers.
Mr. John Ooi (Chairman of Kiddo's Science World)
Prof. Dr. Sopia Md. Yassin (Director of NCDRC)
Call 019-2778415 (Firdaus) 019-3845864 (Amira) now before 15/06/2015 for a special Discount or email to ks_intellectual@yahoo.com.my or www.facebook.com/ksintellectual
Thank you