Tuesday, April 16, 2013

CONTOH 2 : AKTIVITI AWAL SAINS


Tema                  : Seni Kraf
Subtema               : Wayang Kulit (Cahaya)
Hasil pembelajaran    : 1. Menerangkan pemerhatian yang dibuat
                         2. Membanding dan membezakan hasil pemerhatian
                         3. Meramal ramalan selepas memerhati hasil percubaan
Alat/Bahan          : Gambar gajah, lampu suluh  
Aktiviti               :
1. Guru meminta seorang murid meletakkan bentuk gajah di hadapan lampu suluh. Murid lain aklan memerhatikan baying gajah pada dinding seperti dalam Rajah 1.
2. Murid diminta untuk meramal berasaskan pengalaman mereka. Contoh: Apa akan terjadi pada bayang gajah jika bentuk gajah digerakkan mendekati dinding.
3. Murid yang memegang gajah akan menggerakkan gajah hampir pada dinding dan semua akan lihat apa yang akan terjadi pada bayang tersebut.
4. Guru membimbing murid untuk mencirikan apa yang mereka lihat pada saiz gajah tersebut.
5. Guru bersama murid meneruskan penerokaan mereka dengan menggerakkan bentuk gajah di antara lampu suluh dan dinding.
6. Murid membuat pelbagai bayang yang mereka tahu.




Video P&P Wayang Kulit

CONTOH 1 : AKTIVITI AWAL SAINS




Tema                      : Haiwan

Subtema                   : Bunyi Haiwan

Hasil pembelajaran        : 1. Mengenal pasti pemerhatian yang  
                                dilakukan (pendengaran)

                             2. Meramal bunyi yang didengar

Alat/Bahan     : CD, topeng haiwan dan komputer riba  

Aktiviti           : 
 1. Guru memperdengarkan bunyi haiwan yang dipasang pada komputer riba dan meminta murid menekanya.

2. Murid mendengar bunyi haiwan yang dipasang pada komputer riba dan meneka bunyi haiwan dan menamakannya.

3. Guru mengagihkan topeng haiwan yang telah diwarnakan dan meminta murid memakainya.

4. Guru memperdengarkan sekali lagi bunyi haiwan dan meminta murid membunyikannya sambil memakai topeng tersebut.

5. Guru menyanyikan lagu “Pak Mamat Ada Kebun” dan meminta murid mengikutnya.

6. Murid menyanyikan lagu tersebut diiringi muzik dan pergerakan dengan bimbingan guru.



Video P&P Bunyi Haiwan